Sunday 18 August 2013

ALLAH, aku malu :'(

Assalamualaikum.

a'uzubillahiminashaitonirrojim.

Apa khabar blog?
Blog yg masih sama, ditulis oleh orang yg sama, punya perangai yg sama, karakter yg sama,  tp mungkin hari-harinya dilalui dgn pelbagai perkara yg tak sama. ye, tak mungkin sama. berbeza dari hari sebelumnya. Mana mungkin aku lakukan benda yg sama seiring dgn usiaku yg semakin berbeza angkanya.

Aku Malu.
Allah, aku malu. ye. malu.
Malu dgn Mu ya Allah. sangat.
Malu dgn diri sendiri. sangat. bahkan terkadang terbenci diri sendiri.
Malu dengan umat . umat islam. seagama, seakidah. tersangat malu dgn saudaraku sendiri .

Terdetik . Jika boleh, jika mungkin, jika mampu, mahu semahunya aku berteriak memohon maaf saudaraku atas kekhilafanku, atas kelalaianku, atas ketidakcaknaanku, atas kejaahilanku sendiri. engkau berperang, bertahan, berjihad semahu-mahunya mempertahankan tanah airmu, bahkan tanah para Anbiya'. tapi, aku pengecut, malas, lalai. seringkali seperti lalang . ditiup ke kiri, ke kiri. ditiup ke kanan, ke kanan. apalagi jika tidak ditiup, keras mungkin. tidak berusaha untuk bergerak.
Jika berada di tempatmu saudaraku, aku tidak pasti, mampukah aku mempertahankan niatku untuk berjuang hanya demi Allah semata-mata. Maaf. bahkan maaf aku pohon pada seluruh umat islam di dunia.

Aku takut, di dunia sana kelak, dunia yg abadi, aku didakwa olehmu sendiri, saudara seislamku. Bukan kerana kamu dendam, bukan kerana kamu dengki, bahkan kamu sudah cukup baik kerana usahamu merptahankan agamamu, agamaku. tapi tidak lain tidak bukan  kerana SALAHKU sendiri ! kerana aku lalai, lalai, lalai dengan duniawi yg Allah tidak janjikan kekalnya dunia. bahkan, hanya persinggahan sementara yg sangat sangat singkat untuk menempuh alam yg kekal, yg mana manusia langsung tidak mampu mengjangkaunya langsung!

Saudaraku ,  di manapun kamu berada, di iraq, gaza, syria mahupun mesir. Maaf aku pinta. Engkau berwaspada setiap saat, sedangkan aku bebas setiap saat , padahal aku sedar malaikat tidak pernah tidur walau sesaat memerhatikan gerak geri .

Saudaraku, engkau bina kekuatan di hati , lari dari sifat pengecut, aku sengaja membina ketakutan menonton filem2 yg semakin hari, semakin tidak masuk akal hantunya!

Saudaraku, engkau sibuk dengan perancangan untuk menentang. menghancurkan musuh-musuh islam, aku di sini masih mampu bergelak tawa , selesa sekali, berbincang hal duniawi.

Saudaraku, engkau menangis kehilangan yg tersayang, aku menangis menonton filem2 jiwang karat yg sedih. sedih palsu, fake !

Saudaraku, matamu melilau memerhatikan keberadaan musuh-musuh islam, mataku pedih merenung hidangan skrin yg pelbagai, media yg pelbagai .

Saudaraku, engkau begitu Yakin dgn janji-janji Allah, yakin sepenuh hatimu, langsung tidak punya ruang sedikitpun selain yakin di hatimu, tapi aku masih terkial-kial mencari yakin, masih ada ragu pada jalan yg Allah berikan. Masih ada rasa sedih jika ada yg tidak dapt dicapai, sedangkan aku sedar, Allah Maha tahu yg terbaik ! Allah Maha Tahu, tak patut aku mempersoalkan sedikitpun. tidak patut . langsung! tidak layak.

Sedangkan engkau saudaraku, menerima, redha, bahkan mempertahankan jalan yg Allah beri padamu dengan menzahirkan semangatmu. Tidak takut mati. bahkan mendekatinya, merindui syahid, tidak sabar bertemu kekasih hati yg sebenar, Allah! sedangkan aku asyik dengan nikmat dunia, cinta dunia, yg belum pasti dapatkah aku miliki, cinta si lelaki. Ampun Ya Allah, jika ingatanku sering terarah pada yg lain. Aku mohon engkau kurniakan kepadaku, keluargaku, sahabatku, seluruh muslimin muslimat di dunia, rasa cinta padaMu Allah, dan rasulullah. amin Ya Rabb  amin.

Aku di sini hanya mampu berdoa engkau diberi ketabahan saudaraku. Doakan semoga aku dianugerahkan keberanian kesabaran seperti engau saudaraku. bahkan , doakan aku agar tetap , tidak lupa berdoa untuk Mu. Janganlah engkau mendakwa aku di sana kelak, amalku sudah sedikit, dosa mungkin berbukit, tidak mungkin aku mampu menanggung dakwaan engkau kelak saudaraku.

Maaf. Asif.  T_T

Wednesday 12 June 2013

mencintai dan dicintai - yakkkk

Assalamualaikum .                                         
                                         ............................

Tarik nafas ...                         

 Terkedu sbb tajuknya romantis bangat. ye. romantis. mantis. antis. anti. anti rasa citan cintun ? noooopeee.

Bukan anti . Tapi, betul ke apa yg kita rasa tu cintan cintun ? sebab kebarangkalian untuk rasa itu sebenarnya rasa setan yg bagi, tinggi jugak . Yelah, mula2 terpandang, terkedu, tercengang, terbukak mata, tersuka, tersenyum, terstalk, tertahu biodata, ter-cinta ? sekali lagi , ter-cinta ? korang yg bijak pandai pasti faham dan aku harap flow punya ter-ter tu senang difahami.



Mula mula , ternampak awek cun atau jejaka handsome, pastu tenunggggg lama2 sampai keluar air mata (sebab tak berkelip)
lepas tu, korang take action tak ?mesti lah kan. Takkan nak biar orang cantik hensem nak dilepas. Dalam hati, aku suka dia . Cinta pandang pertama , auu. ( then sebulan jumpa awek yg lagi cantik, mulalah aku suka dia, aku suka dia, puihhh. wait. cinta pandang PERTAMA k ? tu cinta seribu kali pandang oii)


Lepas tu, tiap2 hari, bukak mata sebesar donut, dok peeping peeping around mencari orang yg telah disukai. Then, tak sampai 3 hari, dapat tahu nama, aku heran macam mana boleh cari, nanti jgn lupa mintak jd egen FBI. tindakan seterusnya ?  apalagi, boleh cari account fb n twitter bagai lah kan. yeah, sama2 sebut horayy. korang sorang je yg seronok . si dia? and korang sorang je merindui. si dia? lalu korang saja yg terseksa, si dia ? okay, *korang* tu aku lebih suka refer perempuan , *si dia* si buaya lelaki of course.

No offense, but lelaki memang the best cheater actor ever . super duper hebat. tahniah korang kerana telah berjaya mencuri perasaan ramai perempuan yg mempunyai hati2 yg lembut . ok ok , i cant deny that you guys would say, perempuan yg mula dulu, habis korang comel sgt (tentiu) , merah situ sini, pipi merah, bibir merah,at last, mata pun merah .


back to the title, then, bila dah tahu semua info2 si dia . Mula lah rasa cinta then usha2 and kalau berhasil couple. tp at first tu cinta ke ? atau nafsu semata mata? ask yourself . yeah, people say, you know yourself better. but for this case, aku rasa bila korang dah seronok dilamun cintan, sometimes people just cant differ between good and right. love is blind anyway. cinta itu buta pada orang yg cintanya dah dicemari. bila dah cemar/kotor jadi hitam. bila dah hitam gelap gulita, bila dah gelap tak nampak apa2 dah. thats why manusia jadi buta.

aku bukan apa, kesian bila tengok manusia yg duk nanges sbb last2 kena tipu dengan pakwe/makwe(laki nanges jgak ke?) hati korang jugak yg hancur, pastu mula rasa hidup terseksa, sunyi sebab sudah tak dikasihi. eyy, you better open your eyes wide, seek the love of Allah, you'll find the peace. well at least I try so hard to gain it.

so, its up to you whether you choose to love or not to love. Because sometimes( a lot of time) the feeling just spread following your own order . Well or Hell,  Disaster or Peace, you choose .


apa tengok tengok ? ingat aku monyet ?
tanya babunas



*bohong jika kukata tak pernah menyukai, bahkan seringkali hati ini hampir2 tunduk dengan perasaan.
tapi perjuanganku belum sempurna, perjuangan mempersiapkan diri menghadap hari kemenangan belum utuh, lalu perlukah aku mengalah dan leka dek perasaan bernafsu ? . jangan. takkan mengalah .












Monday 10 June 2013

cukuplah jadi hamba dunia

Assalamualaikum wbt.

#peringatan untuk diri sendiri, diri sendiri dan diri sendiri#

ye, sedar atau tidak, manusia lebih menjadi hamba dunia berbanding hamba Allah. realiti hidup manusia, bila habis exam, bimbangnya semua takut gagal terpilih utk sambung di Uni pilihan. Ibu bapa pun takut anak2 tak dapat kerja bila dah graduate nanti, takut gaji ciput, takut tak dapat makan -_- , makanan tu Allah yg bagi ikut kehendaj Dia. takut dan takut. 

ye, aku xnafi aku pun takut. tp bila diingat2, abang aku selalu pesan, kenapa nak takut. Allah Maha Kuasa, dia yg bagi rezeki untuk makan, dia yg cipta Bumi yg sangat luas ini untuk didiami manusia iaitu hambaNya, dia yg bagi udara tanpa terhad sedikit pun di mana2 ruang untuk kita hirup, tak ada pun tempat di mana kita berdiri tak ada udara kecuali lah hidung memang tersumbat, tak ada pun kita detik bila kita sakit melainkan Allah nak hapuskan dosa2 yg kita buat . see? kalau nak tulis nikmat Allah, tinta sebanyak laut pun tak cukup. Jadi, doa banyak2 supaya kita mampu redha dgn segala keputusan. Doa tu senjata muslim.

Jangan takut sbb kita ada Allah. that's the fact for us, muslim.




cukup untuk aku lihat bahawa manusia begitu sibuk dgn dunia. Satu malam, aku di stesen bas putrajaya nak balik rumah, naik bas kat situ. Aku lihat ramainya manusia even malam2 macam ni. Seronok jugak sebenarnya tengok manusia2 lalu lalang, menunggu bas, bila bas rapid KL sampai, ramai yg berkejar kejaran utk naik bas menuju dstinasi, barangkali ada yg nak pulang dan sebagainya. 

Aku duduk kat situ sampai pukul 12 malam. sepanjang minit2 yg berlalu begitu saja, aku xmampu bilang dgn jari berapa ramai orang yg dah lalu lalang, berapa ramai yg mnunggu bas dan yg sudah meninggalkan stesen. Aku duduk di satu sudut, mnggoyang2 kaki, sambil makan burger panas, yang mamat kelantan tu jual.

Konklusinya, aku nak cakap, manusia ni sibukknyaa cari wang . Kalau lah kita sbg islam sesibukk ini mencari pahala *terasa sendiri* pasti dialah yg jutawan di akhirat nanti. ye, aku bercita2 nak jadi jutawan kat akhirat nti. 

Bila kita kejar Akhirat (Agama) , Dunia kejar kita.

*the truth is, malam tu aku tertinggal bas . 

Sunday 9 June 2013

bila lelaki bajet ambik berat

Assalamualaikum .

hai aweks dan awoks, em, boys shemua. sila baca text di bawah : 

"jgn lupa makan, nti sakit perut'
"jgn lupa makan ubat kalau nak demam tu hilang ye"
"jgn lupa mandi, nti busuk tau"
"jgn lupa tidur, nti jadi zombie kang"
"jgn main hujan, nti blubang kepala (sbb hujan skarang berasid kang)"

okay, enough already with all those take-care-konon-punya-pertanyaan . (familiar eh ? )

so, what if aku nak makan ke x, tidur ke x, mkn supplement ke x, mandi paip hujan ke x, eyy, come onnn, saya dah dewasa lah kan hawa2 kat luar semua. so, lelaki2 yg hobi dia  tanya soklan cenggini bajet ambik boghat ke acano tu ? just to remind, tak semua suka dgn pertanyaan yg tersangatlah baik lagi menyenangkan (as u thought it is) itu. 

aku tak pasti lah kalau2 memang ada kaum hawa yg seronok dilayan sebegitu.ye, mungkin ada. setakat ni, aku belum ada kengkawan yg sebegitu. Bak kata abang aku, diorang mungkin kurang kasih sayang. ops, mintak maaf dri hujung rambut sampai hujung kuku kaki kalau ada yg terasa. see? abang aku. lelaki sendiri cakap mcm tu. hawa2 sekalian, PROTECT your DIGNITY .

 oh plezz lah cool boys yg tak nampak cool dh bila start tanya soalan2 baik mcm ni, kami ada ibu bapak kat rumah yg masak sodap2 yg konfem kami akan makan atau biskut2 kering yg boleh kami cicah ngan air vico.  kami pun tak nak kebuloq lah. kacawalilah, korang memang nk belanja aku dan keluarga keluar makan bersama, yg tu aku takkan tolak sbb free, EH BUKAN . taknak tolak rezeki depan mata.
tpi, setakat ni takde lagi yg berani . huhuuuu 
Dan kami cukup dan mungkin terlebih cukup tidur. ops !

pernah kawan aku demam, dan bercerita pada kengkawang ( alamak makan ketupat, belum raya lgi) dan ada lelaki yg ohhh... baikkknyaaa ni, tanya bertubi2 dan antara soalan soalan soalannya, "dah pergi hospital belum?", "dah makan ubat ?", "kalau xpegi hospital nak kol mak ayah suh bawak pergi hospital". Wait. hang lagi pandai dpd makbapak i ke nak kol suruh itu ini. nak ingatkan lah kalau2 lupa, ingat mengingati kan bagos. Ni haa, mak i yg beranakkan i, bapak i yg azankan i, hang adaaaa ? 

lagi satu, kami dah dewasa dan ada akal untuk fikir tentang diri sendiri. 

dan kalau nak tanya pun, cukup sekadar , sihat ke ? ha. cukup , pastu dah. boleh tanya benda yg tersangat penting je. Barulah terjaga Ikhtilat.  emmm, sebenarnya xpayah tanya sihat x pun tak apa,terus direct to the point, haha. (ok, sounds like tak payah hantar mesej teruss lah senang kannnnnnnnnnn) eleh, dalam mesej lain, kat luar lain. Two personalities k apa. menyampah, asyik nak tipu pompuan je kerjanya ye, eh, bukan semua perempuan lah mudah tertipu okayyyy. bukan semua. Dan, abg aku cakap lagi, lelaki ni kalau pompuan balas mesej lelaki yg xseberapa penting ni, lelaki akan ingat kita suka kat deme. haaaa ? 
who do you think you are ?

sayup2 dengar lelaki2 ini jawab :

BOYS .

Friday 7 June 2013

hati resah ?

Assalamualaikum wbt.

                                                     

smile. its right under your nose :)
                                           


ye, aku menulis entry kali ini dlm keadaan baru selesaikan keresahan hati. Banyak faktor yg buat korang resah, barang hilang, tak dapat apa diinginkan, dengki ngan orang( better buang lah slow2 perangai ni) dan sebagainya. tapi, cuba check balik, mungkin hati resah sebab tinggal solat atau xcukup 5 waktu atau solat gitu2 tanpa mengetahui pun kenapa perlu solat.


yeah. panjang mukaddimahnya. sebenarnya, well i can say, most of us bila terfikir someone yg berlainan jantina, buat kita resah kan kan kan. bukan nak mggedik, but i cannot deny the fact yg umur ( yelah, young people) mcm kita2 ni :p ( aku ) msti dan pasti pnah suka kat .. em  , u know, different gender. fuhhh, susah dan betapa malu rasanya menulis sebegini. does this sounds like im in love?  WAIT-WAIT. tak bermaksud cinta OKAY( vomit hardly , TRUE , nearly vomit ).


so, aku google lah mcm mana nak hilangkan perasaan menggedik ni yg boleh mbahayakn nyawa aku, sebab cepat2 aku google dan bukak mata luas2 dan perhati. found this love letter (oww, sweettt )


"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah..." - [Al-Baqarah: 165]


jumpa kat i luv islam punye belog . you guys can check it out here :)



“Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?”

So Exalted be Allaah, the True King: Laa ilaaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He), the Lord of the Supreme Throne!”
[al-Mu’minoon 23:115, 116]  versi bahasa melayu .

jumpa kat sini

so, dgn ayat atas , aku muhasabah yg aku sepatutnya cinta pada pencipta kan. Allah cipta aku, bagi aku panduan untuk semua masalah, pernah satu hari, aku sedih gile, rasa mcm down sbb takde orang faham jiwa aku. terbukak hati nk baca tafsir quran, dan berkali2, ayat Quran tu pesan ngan aku, jangan sedih, jangan sedih. lagi lagi lah aku nangis kan rasa mcm dipujuk direct . tapi, lepas tu dah lega :) alhamdulillah.

lepas tu aku sedar, kenapa aku perlu sedih dgn benda dunia yg temeh remeh cenggini. Allah Maha Kuasa, Dialah yg mencipta alam semesta, mencipta bumi dan makhluk2 nya kan. dan pastilah Allah mampu makbulkan hajat kita yg kecil kerdil bagi Allah yg Maha Besar kan , cuma kita yg perlu bersungguh2 minta. jgn lah mintak( doa) sambil korek telinga, belek kuku bagai (aku lah tu , ngehngeh).

oh, okay, balik pada soal ( cintan manis ) tdi, aku cuma nak ckap, yeah! aku dah lupa apa yg buat aku rasa cenggini, oh lala. *joget2 .

goodday everyone !

Saturday 25 May 2013

do not try this at home

Assalamualaikum wbt.

cuti yg terlampau panjang boleh buat kita bingung.
terkadang blurr yg amat, habis puas buku yg aku rembat,
aku tak tahu nak buat apa dah.
since ramai yg tngah tunggu degree. i believe ramai yg senasib kannn.

kalau parents korang jenis yg santai, rilek, atau jenis -aiman xkisah.. boleh la korang bekerja sambilan.
but since my parents love me too much, i can't . do. part time. job.
korang fikir aku manja? nopeee. malah shaye tak menangis pun bila first time mak abah tinggalkan di puncak bukit aka-puncak alam. -_- .

so, bersama adik laki yg sorang ini di rumah, we used to play a lot of things. yeah. things. things that we made as toy.

korang pernah beli pemadam yg 20 sen yg tulis nama negara yg korang minat?
masa korang tengah ala-ala baby 7 tahun ?
aku suka dan sangat enjoy bila generasi baru, generasi adik aku, membeli belah di koperasi sekolah mbeli pemadam murah.  tapi itu permulaan anggapan shj.at first thought lah. but then, bila dah tiap2 hari beli pemadam 20 sen sampai 5 keping, (dah cecah seringgit disitu), sampai 1 kotak.. im speechless.
sampai hari ini, pemadam2 itu masih kekal.

do you get the point? back to the title.
kami mggunakan pemadam2 itu sbg permainan di mana pemadam2 itu bertindak sbg askar. teringat dulu2, zaman sekolah selalu lawan pemadam dgn kawan2 yg comot2 lagi waktu itu. ah, sungguh comel memori itu.
tapi, bila lawan pemadam dimainkan pd umur sekarang, dimana jari2 aku sudah hilang memori, sangat mengjengkelkan. yeah. mgeramkan.  bila dah habis pemadam2 dirampas oleh adik yg masih baru dalam mengenal pemadam. -____-

mungkin setakat itu shj contoh2 yg boleh aku sertakan. but please jangan marah ya. maybe you can try some other games too, like PES, GTA,.... batu seremban?

to those yg memang kaki main game extreme, jgn memusuhi shaye jika anda terbaca post ini. sebab kasihanilah insan ini yg terlajak boring, xtau nak buat dah di rumah.

peace (Y) , no war.

jangan lupa


*doakan penduduk syria, gaza, mesir, rohingya dan seluruh umat islam di dunia*
















                                    














Wednesday 22 May 2013

ratu hati keluarga

assalamualaikum wbt.

waktu ni, minggu yg sibuk dgn hari guru dan hari ibu.  mak mula bercerita .

suatu hari ,

mak aku tanya adik :

" adik, bila hari guru ?  xmo bagi hadiah ke? "

adik jawab.

" mak , hari ibu bila ?  (tanya dgn serious tanya tnpa niat nak bersarkastik pun) sambil membuat omwoknya"

mak cerita smbil sheyum2. mungkin berniat untuk bersarkastik dengan aku. sebab dalam hati macam ada perasaan 'ouch'. mak berjaya. sori mak, tak kerja, pokai. 

tp, come to think of it, mak bapak kita tak nak sangat lah benda2 material , sebab diorang kalau nak, diorang boleh beli. lagi mampu dari kita. apa yg diorang nak ialah,  
bagi diorang fikir " alhamdulillah, anak2 aku dah berjaya" 
bayangkan perasaan diorang bila tengok anak2 lembut tutur kata, urut2 diorang, share problem kat diorang, bukannya perlu luah dekat boypren ke girlpren ke*ingat sweet sangat ler tu* dan macam2 lagi kita boleh buat nak bagi diorang gembira dan senyum je sepanjang masa kan. :) barulah bahagia diorang. ( insyaAllah aku,kau dan kami akan cuba jadi seperti yg disebutkan).

Apa yg penting,  sayangilah mereka dengan sepenuh hati. tak ada orang lain yg lebih menyayangi kita melainkan mereka , selepas Allah dan Rasulnya. 

lets make them happy forever, in duniah or akhirat .

Good Luck, May Allah bless us .

innocent .

Assalamualaikum wbt.

children are as innocent as they look. they make me realized how far can adults make mistakes compared to them,yet they're always being scolded for only a small fault.
                                       
                                                     

budak2 kecik bila diorang buat sesuatu yg salah di mata orang dewasa, tu cuma because of their curiosity. diorang nak tahu kalw buat sesuatu, apa akn tjadi , kesannya, bez ke tidak. tp, sayang seribu kali sayang bila ada segelintir mak bapak yg snggup maki hamun, dera anak2 diorang. macm kes yg aku lihat malam tadi.waktu tgh tunggu adik dr kelas mengaji dlm kereta smbil melayan klasik nasional dengan tangan menari2.  sungguh aman harmoni sebelum gangguan itu.

tiba2 je, bushhh! dengar suara pompuan bagai halilintar. tak susah pun nak cari dari mana arah suara itu. then bila aku pandang arah suara tu, terpandang pulak seorang budak lelaki kecil sedang mengelap2 matanya. oh. rupanya yg sedang bsuara keras datang dari mak budak tu yg tengah duk dlm kereta. budak tu dok nangis2 tanpa suara di luar kereta takut untuk masuk barangkali. tengah bdak laki tu nangis, sorang bdak permpuan ( lbih kurang 10 thun) datang dekat dan memujuk dan membawanya pergi( mungkin k kedai). aku agak itu kakak budak tu. budak 10 tahun pun faham perasaan adik kecil. 

sbg orang yg dah dewasa, plus sbg mak orang, they shud know their manner. habis orang skeliling tengok. salah anak yg kecil yg mungkin cuma inginkan gula-gula 2 biji , dibesarkan. salahnya memaki hamun perasaan anak kecil dgn kuat mcm halilintar dipandangnya kecil. wpun tu anak sendiri. aku terpanggil utk mdekati bdak tu, tp tiba2 dah lesap...

apatah lagi kes2 dera bayi, anak kecil. tak kesian ke diorang? sungguh tak faham lahhh. Yang hobi pukul anak tu, better lepas kena arrest, apakata pukul diorang macam mana diorang pukul anak2. biar sedar sikit, sakit ke seronok kena pukul.

Bagi budak tadi,semoga keluarganya di bawah rahmat Allah.

semoga keluargaku dan seluruh umat islam berada di bawah rahmat dan hidayah Allah juga hendaknya.


Tuesday 21 May 2013

life alarm

seringkali aku merasa lelah, tidak mampu teruskan lagi,
seringkali aku melihat yang lain lebih dari diri sendiri,
seringkali aku melihat kekurangan diri, tanpa meyedari sesuatu masih tersembunyi,
seringkali aku menangis sendiri, mengenang nasib diri,
seringkali aku meluahkan padaMU Ya Allah, tatkala yg lain tidak menyedari,
seringkali ku sedar, doaku bukan mensyukuri, tapi meratapi,
meratapi yang kurang...
meratapi yang jauh...
meratapi yang hilang...
meratapi yang tidak mungkin...

Ya Allah, betapa diri ini tidak sedar, 
setiap masa, bila tersesat sendiri  , kau beri cahaya, kaau beri kekuatan,
tak pernah meninggalkanku sendiri meraba raba dlm kegelapan,
setiap masa, bila ku berjalan mencari redha cintaMu, 
kau berlari mendapatkanku,
memeluk jiwaku agar aku sedar aku masih disayangi,
betapa aku hamba yg kerdil lagi hina, di antara ramai lagi hamba yg mengejar cintaMu,
betapa aku hanya pasir cuma diantara permata permataMu yg lain,
betapa aku tidak mensyukuri nikmatMu yg jelas terhidang...

Ya Allah, aku ingin tergolong dlm golongan yang sedikit,
kerana engkau pernah berfirman " sedikit sekali hamba hamba ku yg bersyukur "
kerana itu, jadikan aku golongan yang sedikit itu . 

buat ingatan diri, diri dan diri ini sendiri .

Sunday 19 May 2013

things to do today

1. Get up

2. Survive

3. Go back to bed


-So me

solat itu tiang agama




Assalamulaikum wbt.

-solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat (hadis riwayat Bukhari)-

di sini, aku akan sertakan bberapa gambar cara2 solat supaya kita dapt sama2 betulkan. InsyaAllah .
menulis entry ini, does'tn mean yg aku seorang yg alim atau sempurna, tp sekadar perkongsian bersama dan peringatan untuk diri sendiri jgak. sebab mungkin kita seringkali cuai(lebih2 lagi diri aku sendiri)
tentang cara2 solat. atau tak ambil kisah sangat tentang solat. padahal solat itulah benda pertama yg akn dihisab akhirat kelak.

Takbiratul ihram :



haaa.. perempuan dah cukup dgn mengangkat tangan paras dada shj .

Rukuk :

 comel je kartun ni rukuk . belakang ngan kepala separas ngan punggung. kepala jgn pulak TERLALU BENGKOK mcm gambar kat bawah ni contohnya:


yang ni salah tau 


SUJUD :







...dan janganlah seseorang diantara kamu membentangkan kedua tangannya(dilantai) seperti anjing yg membentangkan (kedua kaki depannya) (HR bukhori, muslim, abu dawud dan ahmad)
contohnya mcm gambar kat bawah ni :

common mistake 

Duduk antara 2 sujud :



Duduk tahhiyat awal:



Duduk tahhiyat akhir :



Sori kalau gambar ada yg warna , ada yg tak warna.

last sekali, aku bukanlah ustaz ustazah yg banyak ilmu, aku cuma insan berdosa yg cuba untuk tidak melakukan perkara berdosa, tp tulah manusia yg sering lalai, kekadang baik, kekadang jahat. iman kan berbolak balik, tpi jangan pulak jadikan alasan time buat jahat cakap- uh, rasanya ni sebab iman aku turun sikit. bahkan  kitalah yang kena menjaganya.

tujuan aku post pasal ni sbnarnya peringatan untuk diri sndiri jugak. bila kita dah post sesuatu, kita kena lah praktikkan . tanak jdi hipokrit, depan orang nampak baik-pijak gajah pun tak mati, tapi belakang orang mcm hantu.

post ni mungkin sekadar mampu jdi kesedaran yg menyebabkan ssetngah akan berbunyi' oh gitu ke,salah la aku selama ni' , jadi boleh betulkan. kalau nak cerita satu2 ttg solat A-Z, itu bukanlah aku. biarlah ustaz ustazah yg benar2 layak. takut jadi memandai2. orang kata, kalau tak pandai, jangan nak memandai mandai, cari lah orang yg lebih mengetahui.( pasal cari orang yg lbih mengetahui ni,kalau ada masa, aku nak tulis satu kisah)
okaylah. semoga semua di bawah rahmat dan hidayah Allah hendaknya.  :)

Saturday 18 May 2013

ASASI SAINS UITM PUNCAK ALAM a.k.a PALAM

Assalamualaikum wbt.

Kenapa bila aku reread the title, ada satu macam perasaan bosan timbul. Adakah anda... juga begitu? oh, mungkin perkataannya berbunyi macam pelajaran. seriously, i'm not someone yg sgt hardworking bila kena study. walaupun selalu je dok berazam- aku nak jadi rajinnnnnn lepas ni, tapi- habuk je yang ada.

tapi, mungkin ada diluar sana adik2 kecil yg berminat ngan - apa itu asasi sains kat palam, best ke tidak, boleh jamin kehidupan tak lepas keluar nti(common question from parents yg percaya hanya cikgu dan doktor shj ada peluang kerja) , dan yg pling penting, ramai tak jejaka hensem and awek yg cun (biasalah budak2 yg baru nak mengenal cinta babun monyet)  .

dan aku dapat tahu result UPU dah keluar, and i bet, ramai students Uni/matrik/dip - wanna -be tengah busy menguruskan segala benda yg diminta oleh pihak U masing2. medical check up, ic family, surat beranak family and so on. 

baiklah, dalam entry ni, aku akan cerita serba sikit ttg Palam yg aku tahu sbb aku ex-palam.
overall, asasi kat sini memang best, memang lah ko akan dapati lecturer2 mengajar mcm kilat sabung menyabung, mengantuk dlm lecture hall sbb kerusi lec. hall memang empuk ditambah suhu yg rendah sbg catalyst utk korang lgi mengantuk. but but, korang akan dapati betapa specialnya berada kat uitm puncak alm, sbb kemudahan2 yg disediakan byk gilerr, ( satu je, library kecik, aku dah la suka usha buku2 menarik) 

yg jadikan uitm ni best bgi aku adalah BILIKnya .  atau orang panggil hostel, tp kat sini, mcm rumah , dlm rumah ada 8 bilik dab satu bilik 2 orang and satu blok boleh sampai 9 tingkat. dun weri , lif disediakan . dan kalau korang jenis yg peramah yg akan approach orang dulu utk kenal housemates, then you will happy living in that home for that 1 year. klw ada masa, aku cerita perangai2 pelik housemates aku. 

                 
                                          sori, contoh yg kurang bersih masa ni busy sbenarnya :p
                                       
                                         
kasut2 ni milik 8 org.
you guys can roll ur eyes and say *GIRLS 

tpi aku rasa apa yg korang ternanti2 - of cosss kat situ memang ramai jejaka2 henshem dgn awek2 cunn. dan kat situ, ada jgak budak degree ngan diploma beberapa kerat . dan asasi pulak ada 2 - asasi sains dan asasi engineering . sebagai budak sains, perempuan akn mula bcakap2 jejaka sains ramai yg baik2 pkai spec bagai, meanwhile budak2 engine perangai memag gile2.   and and yg pling kontra, kalau sains budak pompuan rmai giler, kalau engine , budak laki rmai gilerr. hehehe ( evil smile ) tapi sjujurnya aku tak pandang diorang(lelaki) dan kalau orang tak cakap mamat2 mana yg hensem, aku takkan perasan. yeah call me kuno or whatever you like, tp itulah aku .my housemates said-aisyah feelingless ah. mungkin aku akan sedar kalo dirang senyum exactly to me-kot 

fuhhh-lap peluh di dahi 
penat taip panjang2. sbenarnya klw nk expain pasl asasi memang tak habis . jadi gud luck ye adik2 shaye. insyaAllah masa depan cerah sbb kos sains banyak, bukan doktor, dentist or farmasi je, byk ag, optometrist, dietetik, pure bio, fiz, chem and banyak lagi o..O once again, gud luck and tahniah ! believe me, anda beruntug ! :D

nak putihkan muka ?

Assalamualaikum wbt.

mesti ramai yg tertanya2 kan mcm mana nak putihkan muka tanpa guna bahan kimia.
aku pun tak suka letak bahan kimia atas muka , abah cakap , nti cepat nampak tua sbb nti cepat kedut.
pastu mula la timbul produk2 hilangkan kedut di wajah . umur 50 cun mcm 20 ?
seriously, korang percaya ???

ok, back to the title, nak putihkan muka ?

kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai.
dan...
dan...
dan...

kalau takut muka gelap, jgn bermain di tengah panas .
HAAA.. senangkan ? tak payah susah2 keluar duit.  

Friday 17 May 2013

tidur nyenyak



Assalamualaikum wbt.
                           
                                  

malam dah larut , makin gelap gelita, menelan semua sisa cahaya. Di sini, di atas katil, aku masih menaip2 ditemani sunyi malam bersama cengkerik2 yg tak pernah lelah menemani. ok cukup . once aku bermadah, i cant stop. i can learn from a.samad said tak? haha, boleh ka .

tips nak tidur malam dengan nyenyak. 
sebelum tidur, ambil wuduk , or housemate aku masa kat palam called it 'angkat wuduk' how's that ? a.n.g.k.a.t wuduk -
then minum lah susu suam, aku recommend everyday dan goodday .
kemaskan katil sikit, maksudnya kemaskan katil and libaskan dgn selimut. libas. aku tak tahu nak guna perkataan apa.aku orang kelantan- jadi korang boleh menggunakan kebijaksaan korang untuk imagine sendiri. libas. tapi, jangan imagine pedang.ini bukan amukan pedang.

Kemudian, rajin2ka, ringan2kan mulut baca 3 Qul, selawat, tasbih,tasmid,takbir, dan jangan lupa, niatkan dalam hati nak maafkan semua kesalahan orang pada kita. barulah tidur ngan hati bersih.
tidur mngiring ke kanan , tangan kanan bawah pipi kanan, tgn kiri letak atas katil- kakak aku ckap bru senang nk bgun subuh-  aku dah buat, tapi . . .

pastu tidur lahh. mata dah layu bagai bunga xcukup sunlight.  gud nite. mimpi gula gula :)
                                 
                                  
                                                   tidur macam saya ye
                             
p/s: sebelum tu, mengucap dulu, bimbang lah kalau2 ...

karma

Assalamualaikum wbt..

Mungkin ada diantara korang yg pernah dengar prkataan 'karma'. dan for my own definition, karma ni buat sesuatu akan dibalas sesuatu stimpal dgn sesuatu yg kita buat. and karma ni sbenarnya diamalkan oleh orang hindu , buddha n so on. diorang percaya ttg cycle of life-continuous cycle of life. apa yg diorang buat utk kehidupan skarang akan ada kesan pd kehidupan akan datang . Itulah scr ringkas yg aku tahu ttg karma diorang.

Bagi aku, sebagai orang islam pulak, aku percaya buat baik dibalas baik and vice versa lah.
and aku ada sorang kawan, selalu cakap-i believe in karma, dan bila dia cakap mcm tu, mata mula brsinar sinar, tangan digenggam naik ke udara and say it out loud.

Di sini , aku nak sertakan 1 contoh mudah.







Satu hari, aku naik motor, malangya motor itu bukanlah superbike. tp aku still puas hati sbb motor mudahkan pergerakan aku. and destinasi aku waktu tu nak pergi sekolah . nak sampai sekolah , aku kena mlalui beberapa lampu isyarat . sampai je lampu isyarat pertama, tiba2 ada 1 motor yg dinaiki 2 jejaka stop betul2 di sebelah, and aku perasan mungkinlah dia ada pandang sikit. tup tup lampu isyarat tu dah jadi hijau, aku pun pecut lah, and leps aku pecut, aku pandang sebelah takde pun 2 orang jejaka tu ? mana mana . hati aku bersuara sendiri dgn mata memandang cermin sisi, dan ternampak jejaka tu jauh tertinggal di belakang tengah hidupkan motor ? oh. enjin motoor mati. tapi entah kenapa , mungkin waktu tu aku dihasut setan sebelah-aku tersenyum sendiri melihat jejaka itu berusaha start the engine.

kemudian, sampailah ke lampu isyarat ke 2, eh eh, aku lihat sebelah, jejaka yg sama lagi ? aku senyum lagi. then, bila lampu dah turn green, apa lagi ,pecut lahh, tiba2 jejaka2 itu dah berada di depan, *ternganga. then aku sedar2 motor aku stop ??? kat situ jugak, dah la duk tengah2, belakag ada kereta2 manusia yg sibuk. cepat2 aku hidupkan motor aku, dan... yg paling pedih , jejaka2 itu memusingkan kepala diorang ke belakang - senyum - what ???



itulah kesudahan kisah ini, senang kan ? korang dah faham kan apa itu karma ?


my blog ~

Assalamualaikum .

Sebagaimana yg anda nampak, ini adalah my first post. Baru je DONE with this setelah hampirr 2 jam bertungkus lumus, berperang dgn pilihan -nak buat ke tak nak- yg akhirnya buat jgak. whoah.. susah gilerr nk buat satu blog, lagi susah dari baca BIO. aku rasa lah. korang rasa ? jadi, klau korang terserempak or BUMPP into my blog, welll, you can read, i give you my permission. cehhhhhhh.. sori, kalau aku buat korang rasa nak muntah. setan sebelah cakap-perasan, baru buat , ingat orang nak baca- fine. aku baru buat . tapi blogger lain , diorang start dgn 'baru buat' apa. a thousands steps start with a single step kan ? ayat ni tertulis kat dinding sekolah aku, lalu mewarnai kehidupan student2 yg lalu lalang- yg konfem akan lalu situ kalw nak gi makmal. . oh my school .


Jadi, feel free to read, mana tahu ada something yg boleh korang ambik yg terkeluar dpd seorang manusia biasa mcm aku kan? you'll never know if you dont try, ok , aku dah rasa mcm dlm situasi

'desperate people will do and SAY or WRITE anything to distract people" korang rasa ? hahah.
Penyebab kpd terciptanya satu blog dari insan biasa mcm aku ni adalah krn terinspirasi bila aku baca blog2 dri blogger2 yg awesome. whoah! diorang memg awesome bila boleh buat aku duduk/meniarap berjam2 depan laptop mbaca apa sahaja yg di post. Sampai xbernafas membacanya. ini tipu.

last but not least( ayat akhir essay yg aku selalu je dok buat) , we are humans, jadi kita perlukan teman, jadi aku di sini, sudi jadi temanmu- aku hampir muntah- selamat berkenalan awesome guys.