Monday 10 June 2013

cukuplah jadi hamba dunia

Assalamualaikum wbt.

#peringatan untuk diri sendiri, diri sendiri dan diri sendiri#

ye, sedar atau tidak, manusia lebih menjadi hamba dunia berbanding hamba Allah. realiti hidup manusia, bila habis exam, bimbangnya semua takut gagal terpilih utk sambung di Uni pilihan. Ibu bapa pun takut anak2 tak dapat kerja bila dah graduate nanti, takut gaji ciput, takut tak dapat makan -_- , makanan tu Allah yg bagi ikut kehendaj Dia. takut dan takut. 

ye, aku xnafi aku pun takut. tp bila diingat2, abang aku selalu pesan, kenapa nak takut. Allah Maha Kuasa, dia yg bagi rezeki untuk makan, dia yg cipta Bumi yg sangat luas ini untuk didiami manusia iaitu hambaNya, dia yg bagi udara tanpa terhad sedikit pun di mana2 ruang untuk kita hirup, tak ada pun tempat di mana kita berdiri tak ada udara kecuali lah hidung memang tersumbat, tak ada pun kita detik bila kita sakit melainkan Allah nak hapuskan dosa2 yg kita buat . see? kalau nak tulis nikmat Allah, tinta sebanyak laut pun tak cukup. Jadi, doa banyak2 supaya kita mampu redha dgn segala keputusan. Doa tu senjata muslim.

Jangan takut sbb kita ada Allah. that's the fact for us, muslim.




cukup untuk aku lihat bahawa manusia begitu sibuk dgn dunia. Satu malam, aku di stesen bas putrajaya nak balik rumah, naik bas kat situ. Aku lihat ramainya manusia even malam2 macam ni. Seronok jugak sebenarnya tengok manusia2 lalu lalang, menunggu bas, bila bas rapid KL sampai, ramai yg berkejar kejaran utk naik bas menuju dstinasi, barangkali ada yg nak pulang dan sebagainya. 

Aku duduk kat situ sampai pukul 12 malam. sepanjang minit2 yg berlalu begitu saja, aku xmampu bilang dgn jari berapa ramai orang yg dah lalu lalang, berapa ramai yg mnunggu bas dan yg sudah meninggalkan stesen. Aku duduk di satu sudut, mnggoyang2 kaki, sambil makan burger panas, yang mamat kelantan tu jual.

Konklusinya, aku nak cakap, manusia ni sibukknyaa cari wang . Kalau lah kita sbg islam sesibukk ini mencari pahala *terasa sendiri* pasti dialah yg jutawan di akhirat nanti. ye, aku bercita2 nak jadi jutawan kat akhirat nti. 

Bila kita kejar Akhirat (Agama) , Dunia kejar kita.

*the truth is, malam tu aku tertinggal bas . 

No comments:

Post a Comment