Saturday 25 May 2013

do not try this at home

Assalamualaikum wbt.

cuti yg terlampau panjang boleh buat kita bingung.
terkadang blurr yg amat, habis puas buku yg aku rembat,
aku tak tahu nak buat apa dah.
since ramai yg tngah tunggu degree. i believe ramai yg senasib kannn.

kalau parents korang jenis yg santai, rilek, atau jenis -aiman xkisah.. boleh la korang bekerja sambilan.
but since my parents love me too much, i can't . do. part time. job.
korang fikir aku manja? nopeee. malah shaye tak menangis pun bila first time mak abah tinggalkan di puncak bukit aka-puncak alam. -_- .

so, bersama adik laki yg sorang ini di rumah, we used to play a lot of things. yeah. things. things that we made as toy.

korang pernah beli pemadam yg 20 sen yg tulis nama negara yg korang minat?
masa korang tengah ala-ala baby 7 tahun ?
aku suka dan sangat enjoy bila generasi baru, generasi adik aku, membeli belah di koperasi sekolah mbeli pemadam murah.  tapi itu permulaan anggapan shj.at first thought lah. but then, bila dah tiap2 hari beli pemadam 20 sen sampai 5 keping, (dah cecah seringgit disitu), sampai 1 kotak.. im speechless.
sampai hari ini, pemadam2 itu masih kekal.

do you get the point? back to the title.
kami mggunakan pemadam2 itu sbg permainan di mana pemadam2 itu bertindak sbg askar. teringat dulu2, zaman sekolah selalu lawan pemadam dgn kawan2 yg comot2 lagi waktu itu. ah, sungguh comel memori itu.
tapi, bila lawan pemadam dimainkan pd umur sekarang, dimana jari2 aku sudah hilang memori, sangat mengjengkelkan. yeah. mgeramkan.  bila dah habis pemadam2 dirampas oleh adik yg masih baru dalam mengenal pemadam. -____-

mungkin setakat itu shj contoh2 yg boleh aku sertakan. but please jangan marah ya. maybe you can try some other games too, like PES, GTA,.... batu seremban?

to those yg memang kaki main game extreme, jgn memusuhi shaye jika anda terbaca post ini. sebab kasihanilah insan ini yg terlajak boring, xtau nak buat dah di rumah.

peace (Y) , no war.

jangan lupa


*doakan penduduk syria, gaza, mesir, rohingya dan seluruh umat islam di dunia*
















                                    














Wednesday 22 May 2013

ratu hati keluarga

assalamualaikum wbt.

waktu ni, minggu yg sibuk dgn hari guru dan hari ibu.  mak mula bercerita .

suatu hari ,

mak aku tanya adik :

" adik, bila hari guru ?  xmo bagi hadiah ke? "

adik jawab.

" mak , hari ibu bila ?  (tanya dgn serious tanya tnpa niat nak bersarkastik pun) sambil membuat omwoknya"

mak cerita smbil sheyum2. mungkin berniat untuk bersarkastik dengan aku. sebab dalam hati macam ada perasaan 'ouch'. mak berjaya. sori mak, tak kerja, pokai. 

tp, come to think of it, mak bapak kita tak nak sangat lah benda2 material , sebab diorang kalau nak, diorang boleh beli. lagi mampu dari kita. apa yg diorang nak ialah,  
bagi diorang fikir " alhamdulillah, anak2 aku dah berjaya" 
bayangkan perasaan diorang bila tengok anak2 lembut tutur kata, urut2 diorang, share problem kat diorang, bukannya perlu luah dekat boypren ke girlpren ke*ingat sweet sangat ler tu* dan macam2 lagi kita boleh buat nak bagi diorang gembira dan senyum je sepanjang masa kan. :) barulah bahagia diorang. ( insyaAllah aku,kau dan kami akan cuba jadi seperti yg disebutkan).

Apa yg penting,  sayangilah mereka dengan sepenuh hati. tak ada orang lain yg lebih menyayangi kita melainkan mereka , selepas Allah dan Rasulnya. 

lets make them happy forever, in duniah or akhirat .

Good Luck, May Allah bless us .

innocent .

Assalamualaikum wbt.

children are as innocent as they look. they make me realized how far can adults make mistakes compared to them,yet they're always being scolded for only a small fault.
                                       
                                                     

budak2 kecik bila diorang buat sesuatu yg salah di mata orang dewasa, tu cuma because of their curiosity. diorang nak tahu kalw buat sesuatu, apa akn tjadi , kesannya, bez ke tidak. tp, sayang seribu kali sayang bila ada segelintir mak bapak yg snggup maki hamun, dera anak2 diorang. macm kes yg aku lihat malam tadi.waktu tgh tunggu adik dr kelas mengaji dlm kereta smbil melayan klasik nasional dengan tangan menari2.  sungguh aman harmoni sebelum gangguan itu.

tiba2 je, bushhh! dengar suara pompuan bagai halilintar. tak susah pun nak cari dari mana arah suara itu. then bila aku pandang arah suara tu, terpandang pulak seorang budak lelaki kecil sedang mengelap2 matanya. oh. rupanya yg sedang bsuara keras datang dari mak budak tu yg tengah duk dlm kereta. budak tu dok nangis2 tanpa suara di luar kereta takut untuk masuk barangkali. tengah bdak laki tu nangis, sorang bdak permpuan ( lbih kurang 10 thun) datang dekat dan memujuk dan membawanya pergi( mungkin k kedai). aku agak itu kakak budak tu. budak 10 tahun pun faham perasaan adik kecil. 

sbg orang yg dah dewasa, plus sbg mak orang, they shud know their manner. habis orang skeliling tengok. salah anak yg kecil yg mungkin cuma inginkan gula-gula 2 biji , dibesarkan. salahnya memaki hamun perasaan anak kecil dgn kuat mcm halilintar dipandangnya kecil. wpun tu anak sendiri. aku terpanggil utk mdekati bdak tu, tp tiba2 dah lesap...

apatah lagi kes2 dera bayi, anak kecil. tak kesian ke diorang? sungguh tak faham lahhh. Yang hobi pukul anak tu, better lepas kena arrest, apakata pukul diorang macam mana diorang pukul anak2. biar sedar sikit, sakit ke seronok kena pukul.

Bagi budak tadi,semoga keluarganya di bawah rahmat Allah.

semoga keluargaku dan seluruh umat islam berada di bawah rahmat dan hidayah Allah juga hendaknya.


Tuesday 21 May 2013

life alarm

seringkali aku merasa lelah, tidak mampu teruskan lagi,
seringkali aku melihat yang lain lebih dari diri sendiri,
seringkali aku melihat kekurangan diri, tanpa meyedari sesuatu masih tersembunyi,
seringkali aku menangis sendiri, mengenang nasib diri,
seringkali aku meluahkan padaMU Ya Allah, tatkala yg lain tidak menyedari,
seringkali ku sedar, doaku bukan mensyukuri, tapi meratapi,
meratapi yang kurang...
meratapi yang jauh...
meratapi yang hilang...
meratapi yang tidak mungkin...

Ya Allah, betapa diri ini tidak sedar, 
setiap masa, bila tersesat sendiri  , kau beri cahaya, kaau beri kekuatan,
tak pernah meninggalkanku sendiri meraba raba dlm kegelapan,
setiap masa, bila ku berjalan mencari redha cintaMu, 
kau berlari mendapatkanku,
memeluk jiwaku agar aku sedar aku masih disayangi,
betapa aku hamba yg kerdil lagi hina, di antara ramai lagi hamba yg mengejar cintaMu,
betapa aku hanya pasir cuma diantara permata permataMu yg lain,
betapa aku tidak mensyukuri nikmatMu yg jelas terhidang...

Ya Allah, aku ingin tergolong dlm golongan yang sedikit,
kerana engkau pernah berfirman " sedikit sekali hamba hamba ku yg bersyukur "
kerana itu, jadikan aku golongan yang sedikit itu . 

buat ingatan diri, diri dan diri ini sendiri .

Sunday 19 May 2013

things to do today

1. Get up

2. Survive

3. Go back to bed


-So me

solat itu tiang agama




Assalamulaikum wbt.

-solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat (hadis riwayat Bukhari)-

di sini, aku akan sertakan bberapa gambar cara2 solat supaya kita dapt sama2 betulkan. InsyaAllah .
menulis entry ini, does'tn mean yg aku seorang yg alim atau sempurna, tp sekadar perkongsian bersama dan peringatan untuk diri sendiri jgak. sebab mungkin kita seringkali cuai(lebih2 lagi diri aku sendiri)
tentang cara2 solat. atau tak ambil kisah sangat tentang solat. padahal solat itulah benda pertama yg akn dihisab akhirat kelak.

Takbiratul ihram :



haaa.. perempuan dah cukup dgn mengangkat tangan paras dada shj .

Rukuk :

 comel je kartun ni rukuk . belakang ngan kepala separas ngan punggung. kepala jgn pulak TERLALU BENGKOK mcm gambar kat bawah ni contohnya:


yang ni salah tau 


SUJUD :







...dan janganlah seseorang diantara kamu membentangkan kedua tangannya(dilantai) seperti anjing yg membentangkan (kedua kaki depannya) (HR bukhori, muslim, abu dawud dan ahmad)
contohnya mcm gambar kat bawah ni :

common mistake 

Duduk antara 2 sujud :



Duduk tahhiyat awal:



Duduk tahhiyat akhir :



Sori kalau gambar ada yg warna , ada yg tak warna.

last sekali, aku bukanlah ustaz ustazah yg banyak ilmu, aku cuma insan berdosa yg cuba untuk tidak melakukan perkara berdosa, tp tulah manusia yg sering lalai, kekadang baik, kekadang jahat. iman kan berbolak balik, tpi jangan pulak jadikan alasan time buat jahat cakap- uh, rasanya ni sebab iman aku turun sikit. bahkan  kitalah yang kena menjaganya.

tujuan aku post pasal ni sbnarnya peringatan untuk diri sndiri jugak. bila kita dah post sesuatu, kita kena lah praktikkan . tanak jdi hipokrit, depan orang nampak baik-pijak gajah pun tak mati, tapi belakang orang mcm hantu.

post ni mungkin sekadar mampu jdi kesedaran yg menyebabkan ssetngah akan berbunyi' oh gitu ke,salah la aku selama ni' , jadi boleh betulkan. kalau nak cerita satu2 ttg solat A-Z, itu bukanlah aku. biarlah ustaz ustazah yg benar2 layak. takut jadi memandai2. orang kata, kalau tak pandai, jangan nak memandai mandai, cari lah orang yg lebih mengetahui.( pasal cari orang yg lbih mengetahui ni,kalau ada masa, aku nak tulis satu kisah)
okaylah. semoga semua di bawah rahmat dan hidayah Allah hendaknya.  :)

Saturday 18 May 2013

ASASI SAINS UITM PUNCAK ALAM a.k.a PALAM

Assalamualaikum wbt.

Kenapa bila aku reread the title, ada satu macam perasaan bosan timbul. Adakah anda... juga begitu? oh, mungkin perkataannya berbunyi macam pelajaran. seriously, i'm not someone yg sgt hardworking bila kena study. walaupun selalu je dok berazam- aku nak jadi rajinnnnnn lepas ni, tapi- habuk je yang ada.

tapi, mungkin ada diluar sana adik2 kecil yg berminat ngan - apa itu asasi sains kat palam, best ke tidak, boleh jamin kehidupan tak lepas keluar nti(common question from parents yg percaya hanya cikgu dan doktor shj ada peluang kerja) , dan yg pling penting, ramai tak jejaka hensem and awek yg cun (biasalah budak2 yg baru nak mengenal cinta babun monyet)  .

dan aku dapat tahu result UPU dah keluar, and i bet, ramai students Uni/matrik/dip - wanna -be tengah busy menguruskan segala benda yg diminta oleh pihak U masing2. medical check up, ic family, surat beranak family and so on. 

baiklah, dalam entry ni, aku akan cerita serba sikit ttg Palam yg aku tahu sbb aku ex-palam.
overall, asasi kat sini memang best, memang lah ko akan dapati lecturer2 mengajar mcm kilat sabung menyabung, mengantuk dlm lecture hall sbb kerusi lec. hall memang empuk ditambah suhu yg rendah sbg catalyst utk korang lgi mengantuk. but but, korang akan dapati betapa specialnya berada kat uitm puncak alm, sbb kemudahan2 yg disediakan byk gilerr, ( satu je, library kecik, aku dah la suka usha buku2 menarik) 

yg jadikan uitm ni best bgi aku adalah BILIKnya .  atau orang panggil hostel, tp kat sini, mcm rumah , dlm rumah ada 8 bilik dab satu bilik 2 orang and satu blok boleh sampai 9 tingkat. dun weri , lif disediakan . dan kalau korang jenis yg peramah yg akan approach orang dulu utk kenal housemates, then you will happy living in that home for that 1 year. klw ada masa, aku cerita perangai2 pelik housemates aku. 

                 
                                          sori, contoh yg kurang bersih masa ni busy sbenarnya :p
                                       
                                         
kasut2 ni milik 8 org.
you guys can roll ur eyes and say *GIRLS 

tpi aku rasa apa yg korang ternanti2 - of cosss kat situ memang ramai jejaka2 henshem dgn awek2 cunn. dan kat situ, ada jgak budak degree ngan diploma beberapa kerat . dan asasi pulak ada 2 - asasi sains dan asasi engineering . sebagai budak sains, perempuan akn mula bcakap2 jejaka sains ramai yg baik2 pkai spec bagai, meanwhile budak2 engine perangai memag gile2.   and and yg pling kontra, kalau sains budak pompuan rmai giler, kalau engine , budak laki rmai gilerr. hehehe ( evil smile ) tapi sjujurnya aku tak pandang diorang(lelaki) dan kalau orang tak cakap mamat2 mana yg hensem, aku takkan perasan. yeah call me kuno or whatever you like, tp itulah aku .my housemates said-aisyah feelingless ah. mungkin aku akan sedar kalo dirang senyum exactly to me-kot 

fuhhh-lap peluh di dahi 
penat taip panjang2. sbenarnya klw nk expain pasl asasi memang tak habis . jadi gud luck ye adik2 shaye. insyaAllah masa depan cerah sbb kos sains banyak, bukan doktor, dentist or farmasi je, byk ag, optometrist, dietetik, pure bio, fiz, chem and banyak lagi o..O once again, gud luck and tahniah ! believe me, anda beruntug ! :D

nak putihkan muka ?

Assalamualaikum wbt.

mesti ramai yg tertanya2 kan mcm mana nak putihkan muka tanpa guna bahan kimia.
aku pun tak suka letak bahan kimia atas muka , abah cakap , nti cepat nampak tua sbb nti cepat kedut.
pastu mula la timbul produk2 hilangkan kedut di wajah . umur 50 cun mcm 20 ?
seriously, korang percaya ???

ok, back to the title, nak putihkan muka ?

kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai.
dan...
dan...
dan...

kalau takut muka gelap, jgn bermain di tengah panas .
HAAA.. senangkan ? tak payah susah2 keluar duit.  

Friday 17 May 2013

tidur nyenyak



Assalamualaikum wbt.
                           
                                  

malam dah larut , makin gelap gelita, menelan semua sisa cahaya. Di sini, di atas katil, aku masih menaip2 ditemani sunyi malam bersama cengkerik2 yg tak pernah lelah menemani. ok cukup . once aku bermadah, i cant stop. i can learn from a.samad said tak? haha, boleh ka .

tips nak tidur malam dengan nyenyak. 
sebelum tidur, ambil wuduk , or housemate aku masa kat palam called it 'angkat wuduk' how's that ? a.n.g.k.a.t wuduk -
then minum lah susu suam, aku recommend everyday dan goodday .
kemaskan katil sikit, maksudnya kemaskan katil and libaskan dgn selimut. libas. aku tak tahu nak guna perkataan apa.aku orang kelantan- jadi korang boleh menggunakan kebijaksaan korang untuk imagine sendiri. libas. tapi, jangan imagine pedang.ini bukan amukan pedang.

Kemudian, rajin2ka, ringan2kan mulut baca 3 Qul, selawat, tasbih,tasmid,takbir, dan jangan lupa, niatkan dalam hati nak maafkan semua kesalahan orang pada kita. barulah tidur ngan hati bersih.
tidur mngiring ke kanan , tangan kanan bawah pipi kanan, tgn kiri letak atas katil- kakak aku ckap bru senang nk bgun subuh-  aku dah buat, tapi . . .

pastu tidur lahh. mata dah layu bagai bunga xcukup sunlight.  gud nite. mimpi gula gula :)
                                 
                                  
                                                   tidur macam saya ye
                             
p/s: sebelum tu, mengucap dulu, bimbang lah kalau2 ...

karma

Assalamualaikum wbt..

Mungkin ada diantara korang yg pernah dengar prkataan 'karma'. dan for my own definition, karma ni buat sesuatu akan dibalas sesuatu stimpal dgn sesuatu yg kita buat. and karma ni sbenarnya diamalkan oleh orang hindu , buddha n so on. diorang percaya ttg cycle of life-continuous cycle of life. apa yg diorang buat utk kehidupan skarang akan ada kesan pd kehidupan akan datang . Itulah scr ringkas yg aku tahu ttg karma diorang.

Bagi aku, sebagai orang islam pulak, aku percaya buat baik dibalas baik and vice versa lah.
and aku ada sorang kawan, selalu cakap-i believe in karma, dan bila dia cakap mcm tu, mata mula brsinar sinar, tangan digenggam naik ke udara and say it out loud.

Di sini , aku nak sertakan 1 contoh mudah.







Satu hari, aku naik motor, malangya motor itu bukanlah superbike. tp aku still puas hati sbb motor mudahkan pergerakan aku. and destinasi aku waktu tu nak pergi sekolah . nak sampai sekolah , aku kena mlalui beberapa lampu isyarat . sampai je lampu isyarat pertama, tiba2 ada 1 motor yg dinaiki 2 jejaka stop betul2 di sebelah, and aku perasan mungkinlah dia ada pandang sikit. tup tup lampu isyarat tu dah jadi hijau, aku pun pecut lah, and leps aku pecut, aku pandang sebelah takde pun 2 orang jejaka tu ? mana mana . hati aku bersuara sendiri dgn mata memandang cermin sisi, dan ternampak jejaka tu jauh tertinggal di belakang tengah hidupkan motor ? oh. enjin motoor mati. tapi entah kenapa , mungkin waktu tu aku dihasut setan sebelah-aku tersenyum sendiri melihat jejaka itu berusaha start the engine.

kemudian, sampailah ke lampu isyarat ke 2, eh eh, aku lihat sebelah, jejaka yg sama lagi ? aku senyum lagi. then, bila lampu dah turn green, apa lagi ,pecut lahh, tiba2 jejaka2 itu dah berada di depan, *ternganga. then aku sedar2 motor aku stop ??? kat situ jugak, dah la duk tengah2, belakag ada kereta2 manusia yg sibuk. cepat2 aku hidupkan motor aku, dan... yg paling pedih , jejaka2 itu memusingkan kepala diorang ke belakang - senyum - what ???



itulah kesudahan kisah ini, senang kan ? korang dah faham kan apa itu karma ?


my blog ~

Assalamualaikum .

Sebagaimana yg anda nampak, ini adalah my first post. Baru je DONE with this setelah hampirr 2 jam bertungkus lumus, berperang dgn pilihan -nak buat ke tak nak- yg akhirnya buat jgak. whoah.. susah gilerr nk buat satu blog, lagi susah dari baca BIO. aku rasa lah. korang rasa ? jadi, klau korang terserempak or BUMPP into my blog, welll, you can read, i give you my permission. cehhhhhhh.. sori, kalau aku buat korang rasa nak muntah. setan sebelah cakap-perasan, baru buat , ingat orang nak baca- fine. aku baru buat . tapi blogger lain , diorang start dgn 'baru buat' apa. a thousands steps start with a single step kan ? ayat ni tertulis kat dinding sekolah aku, lalu mewarnai kehidupan student2 yg lalu lalang- yg konfem akan lalu situ kalw nak gi makmal. . oh my school .


Jadi, feel free to read, mana tahu ada something yg boleh korang ambik yg terkeluar dpd seorang manusia biasa mcm aku kan? you'll never know if you dont try, ok , aku dah rasa mcm dlm situasi

'desperate people will do and SAY or WRITE anything to distract people" korang rasa ? hahah.
Penyebab kpd terciptanya satu blog dari insan biasa mcm aku ni adalah krn terinspirasi bila aku baca blog2 dri blogger2 yg awesome. whoah! diorang memg awesome bila boleh buat aku duduk/meniarap berjam2 depan laptop mbaca apa sahaja yg di post. Sampai xbernafas membacanya. ini tipu.

last but not least( ayat akhir essay yg aku selalu je dok buat) , we are humans, jadi kita perlukan teman, jadi aku di sini, sudi jadi temanmu- aku hampir muntah- selamat berkenalan awesome guys.