Sunday 18 August 2013

ALLAH, aku malu :'(

Assalamualaikum.

a'uzubillahiminashaitonirrojim.

Apa khabar blog?
Blog yg masih sama, ditulis oleh orang yg sama, punya perangai yg sama, karakter yg sama,  tp mungkin hari-harinya dilalui dgn pelbagai perkara yg tak sama. ye, tak mungkin sama. berbeza dari hari sebelumnya. Mana mungkin aku lakukan benda yg sama seiring dgn usiaku yg semakin berbeza angkanya.

Aku Malu.
Allah, aku malu. ye. malu.
Malu dgn Mu ya Allah. sangat.
Malu dgn diri sendiri. sangat. bahkan terkadang terbenci diri sendiri.
Malu dengan umat . umat islam. seagama, seakidah. tersangat malu dgn saudaraku sendiri .

Terdetik . Jika boleh, jika mungkin, jika mampu, mahu semahunya aku berteriak memohon maaf saudaraku atas kekhilafanku, atas kelalaianku, atas ketidakcaknaanku, atas kejaahilanku sendiri. engkau berperang, bertahan, berjihad semahu-mahunya mempertahankan tanah airmu, bahkan tanah para Anbiya'. tapi, aku pengecut, malas, lalai. seringkali seperti lalang . ditiup ke kiri, ke kiri. ditiup ke kanan, ke kanan. apalagi jika tidak ditiup, keras mungkin. tidak berusaha untuk bergerak.
Jika berada di tempatmu saudaraku, aku tidak pasti, mampukah aku mempertahankan niatku untuk berjuang hanya demi Allah semata-mata. Maaf. bahkan maaf aku pohon pada seluruh umat islam di dunia.

Aku takut, di dunia sana kelak, dunia yg abadi, aku didakwa olehmu sendiri, saudara seislamku. Bukan kerana kamu dendam, bukan kerana kamu dengki, bahkan kamu sudah cukup baik kerana usahamu merptahankan agamamu, agamaku. tapi tidak lain tidak bukan  kerana SALAHKU sendiri ! kerana aku lalai, lalai, lalai dengan duniawi yg Allah tidak janjikan kekalnya dunia. bahkan, hanya persinggahan sementara yg sangat sangat singkat untuk menempuh alam yg kekal, yg mana manusia langsung tidak mampu mengjangkaunya langsung!

Saudaraku ,  di manapun kamu berada, di iraq, gaza, syria mahupun mesir. Maaf aku pinta. Engkau berwaspada setiap saat, sedangkan aku bebas setiap saat , padahal aku sedar malaikat tidak pernah tidur walau sesaat memerhatikan gerak geri .

Saudaraku, engkau bina kekuatan di hati , lari dari sifat pengecut, aku sengaja membina ketakutan menonton filem2 yg semakin hari, semakin tidak masuk akal hantunya!

Saudaraku, engkau sibuk dengan perancangan untuk menentang. menghancurkan musuh-musuh islam, aku di sini masih mampu bergelak tawa , selesa sekali, berbincang hal duniawi.

Saudaraku, engkau menangis kehilangan yg tersayang, aku menangis menonton filem2 jiwang karat yg sedih. sedih palsu, fake !

Saudaraku, matamu melilau memerhatikan keberadaan musuh-musuh islam, mataku pedih merenung hidangan skrin yg pelbagai, media yg pelbagai .

Saudaraku, engkau begitu Yakin dgn janji-janji Allah, yakin sepenuh hatimu, langsung tidak punya ruang sedikitpun selain yakin di hatimu, tapi aku masih terkial-kial mencari yakin, masih ada ragu pada jalan yg Allah berikan. Masih ada rasa sedih jika ada yg tidak dapt dicapai, sedangkan aku sedar, Allah Maha tahu yg terbaik ! Allah Maha Tahu, tak patut aku mempersoalkan sedikitpun. tidak patut . langsung! tidak layak.

Sedangkan engkau saudaraku, menerima, redha, bahkan mempertahankan jalan yg Allah beri padamu dengan menzahirkan semangatmu. Tidak takut mati. bahkan mendekatinya, merindui syahid, tidak sabar bertemu kekasih hati yg sebenar, Allah! sedangkan aku asyik dengan nikmat dunia, cinta dunia, yg belum pasti dapatkah aku miliki, cinta si lelaki. Ampun Ya Allah, jika ingatanku sering terarah pada yg lain. Aku mohon engkau kurniakan kepadaku, keluargaku, sahabatku, seluruh muslimin muslimat di dunia, rasa cinta padaMu Allah, dan rasulullah. amin Ya Rabb  amin.

Aku di sini hanya mampu berdoa engkau diberi ketabahan saudaraku. Doakan semoga aku dianugerahkan keberanian kesabaran seperti engau saudaraku. bahkan , doakan aku agar tetap , tidak lupa berdoa untuk Mu. Janganlah engkau mendakwa aku di sana kelak, amalku sudah sedikit, dosa mungkin berbukit, tidak mungkin aku mampu menanggung dakwaan engkau kelak saudaraku.

Maaf. Asif.  T_T